Khutbah jumaat……9 jul 2010..
…….Ditulis kembali Muhamad Ilhami Fikri Bin Muhamad Razip……
…….intipati khutbah jumaat masjid negeri perlis kangar………..
MEMILIH PASANGAN YANG BERAGAMA…….
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, iaitu melakukan yang disuruh, meninggalkan yang dilarang serta beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Janganlah kita ingkar kepada perintah dan larangan Allah, kerana keingkaran bakal membawa kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala. Ingatlah!, sesungguhnya kemurkaan Allah hanya akan membawa kepada kesusahan dan kesengsaraan terhadap diri kita sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Perkahwinan adalah satu ibadah atau sunnah yang telah disyriatkan oleh Allah S.W.T.
Ia bukan hanya dikatakan sebagai ibadah tetapi adalah satu keperluan untuk melengkapkan fitrah seorang yang digelar manusia.ia juga dikatakan bagaimana cara untuk mengangkat martabat manusia.Ia juga adlah salah satu cara untuk menyambung dan mengembangkan keturunan yang mukmin dan mutaqin.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Perkahwinan adalah satu konsep yang dikatakan dibina oleh dua insane yang saling saying menyayangi antara satu sama lain.Degan ini perkahwinan boleh dikatakan dapat membina ketenangan dalam kehidupan mahupun dari segi rohaniah, mental dan fizikal.Ketenangan yang bakal dibina ini akan menyebabkan mudah nya kita dalam menumpukan sepenuh hati dalam beribadah kepada Allah.Ia telah disebut oIeh Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Rum ayat 21 :
Maksudnya: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa dia mencipta isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir”.
Perkahwinan dikatakan dapat member ketenagan kerana dalam ia diwujudkan melaui kasih sayang saling cinta-mencintai dan hormat-menghormati.Tetapi kalau kita lihat pada masa sekarang,apa yang dapat kita lihat seolah-olah masyarakat sekarang tidak lagi menghayati firman Allah yang telah dikemukakan tadi.
Terpampang didada akhbar dan media massa,terlalu banyak kes keruntuhan rumah tangga yang berlaku dikalangan umat islam pada masa ini.
Persoalannya apakah yang menyebabkan perkara sedemikian rupa berlaku kepada umat islam??
Diantara jawapan kepada masalah ini adalah kerana mungkin umat islam pada masa kini tidak lagi memilih pasangan untuk medirikan masjid yang suci dengan panduan dan cara yang dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W
Berdasarkan sabda Rasullullah S.A.W
Maksudnya : “Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat “.(Muttafaqun Alaihi).
Merujuk kepada hadith ,bahawasanya pabila seseorang itu ingin memilih pasangannya janganlah hanya melihat pada paras rupanya yang cantik,bukan hanya melihat pada kekayaannya yang mewah,bukan hanya melihat kebaikan keturunanya tetapi sebenarnya pilihlah seorang yang cantik agamanya.Hal ini kerana Agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk jati diri muslim muslimah yang sejati.Melalui agama seseorang itu kuat dalam memegang akidahnya.Melaui pegangan akidah maka wujudlah ikhlas dan istiqamah dalm beribadat kepda Allah.Melaui keihlasan kepada Allah maka terhasillah akhlak yang cantik dan indah.Begitulah Indah dan lengkapnya Islam.
Apabila wujudnya akhlak yang cantik maka lengkaplah ramuannya dan dapat melahirlah suami yang soleh dan isteri yang solehah.Disini baru dikatakan wujudnya baitul muslim.Apabila perkara sebegini wujud,maka mudahlah kerjasama yang akan dilakukan bersama-sama antara suami dan isteri di daam rumah tangga.
Bertepatan dengan Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 187:
Maksudnya: “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka”.
Berdasarkan Firman Allah itu jelas kita lihat bahawa perumpamaannya jika kita mempunyai baju yang dipakai kepada kita tetapi ia cacat terkoyak sana-sini,maka cacatlah pendangan kita kepada si pemakai dan ia juga menyebabkan hilang sifat keyakinan kepada si pemakai.Jadi disini suami isteri perlulah saling bertolak ansur dan cuba memahami antara satu sama lain supaya serasi dan rumah tangga yang di bina kekal bahagia.
Begitulah sedikit kesimpulan yang dapat ana tuliskan melaui khutbah jumaat yang di sampaikan oleh khatib di masjid negeri Perlis kangar 9/julai/2010.Harap dapat menambah ilmu antum semua……Wallahu’alam.
SOLAT UMPAMA DEVICE
ReplyDelete......Percaya tak solat ini adalah umpama device.....
Sebagai perumpamaan solat ini adalah sebagai device,dimana device ini digunakan untuk kita memproses segala program yang mencerminkan diri dan kehidupan kita,jadi untuk melancarkan system program bagi menjalankan aktiviti device.......
Perlukan input dan output untuk menjalankan operasinya sendiri, in engineering terms "to execute the process......."
Jadi apakah input dan apakah output.....
Sebagai cth input ini adalah solat.....
dan outputnya adalah cerminan hidup kita.......
Input adalah solat....jadi solat kne di jaga dan sempurna.
Dalam engineering term ia dipanggil linear concept.
Linear bermaksud jika input ada, output mesti ada.
Jadi untuk mendapatkan output yg baik input mesti baik.Jadi dalam kes ini,jika solat baik maka insyallah baik tingkah laku dan system hidup kita.
Kita pula adalah umpama system OS "operating system".......
Jadi tanpa OS, device tak bleh nak execute program...........
Jadi sebagai solutionnya OS kne bijak ,hebat .....barulah senang device nak execute program .......untuk mendapatkan output.
Jadi secara konklusinya.......dari pandang konteks solat kita sebagai Operating ssystem mestilah menjaga solat kita dgn baik
Barulah diri kita atau cerminan hidup kita ataupun output yang akan dihasilkan mantap
,hebat,indah dan cantik.
(Dari meja island faith)sabtu 3.14pm 22/oct/11
like2..
ReplyDelete