Monday, April 16, 2012

Seruan Kehidupan

"Wahai orang -orang yg beriman!Penuhilah seruan Allah dan Rasul,apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada mu,dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadanyalah kamu akan dikumpulkan."
Surah Al-anfal ayat 24


Apa itu seruan kehidupan ?

Merungkai kembali rentetan kehidupan seorg manusia.
Pada Alam ruh sebelum manusia itu di tiupkan kedalam rahim ibunya,Allah bertanya kepadanya!!!!
Siapakah Tuhanmu?
-----Jawablah manusia itu, kau adalah tuhan ku ,Allah s.w.t.------
-----Adakah aku tuhanmu------
-----Ya ,kau tuhanku.kami bersaksi di ucapkan di akhirat.Kerna mungkin pabila di dunia kami akan lupa.
Lalu dia di tiupkan ke rahim ibunya.

Pabila sekian lama dalam rahim ibunya,maka di takdirkan Allah untuk bertemu muka dengan dunia.
Maka lahirlah satu ruh berjasad kedunia.
Tetapi pada saat itu ,kelahiran manusia adalah dalam keadaan yang di tentukan Allah lupa pada tuhannya.
Jadi jika ia dilahirkan pada keluarga yang islam.
Di sunnahkan ayahnya untuk menyeru kalimah Allah pada kiri dan kanan anaknya itu.


Sedikit gambaran tentang bagaimana kita dilahirkan di dunia ini.

     Jika kita teliti dengan betul ,jelas kelihatan bahawa kita pada awalnya telah diseru oleh Allah  kepadanya.
Pabila di dunia pula juga diseru untuk mengigatinya.
Jelas sangat beruntungllah orang2 yang menyahut seruannya.

....Tidak ada maknanya kehidupan ini kepada mereka yg tidak menyahut seruan Allah dan Rasul sekali pun dia terjumlah antara yang hidup.....

Kita ubah pula persepsi pandang sisi kita kepada kehidupan RUH kita.

     Di dunia yang fana ini,kehidupan kita hanya sebagai persinggahan yang sementara.
Jasad yang di berikan oleh allah kepada kita adalah satu pinjaman yang melengkapkan kita untuk mengexplorasi alam dunia ini.
sebenarnya yang kekal hanyalah ruh yang ada dalam jasad kita.
Ruh adalah satu aspek yang amat penting bagi kita.Jika di  dunia kita beri makan kepada jasad ,kita ambil tahu tentang kesihatan jasad kita,begitu juga di perlukan oleh ruh kita.

Apa yang di perlukan oleh ruh untuk hidup???
Kentucky fried chicken???mee goreng???
Pizza hut????teh tarik???
sama sekali bukan itu!!!
Ruh kita memerlukan sesuatu yang dapat menyuburkan nya secara dalaman.iaitu denganmengamalkan apa yang diwahyukan allah kepada Rasulnya melalui Jibril.

Bagaimana pula jika kita telah memberi makan kepda ruh ,tapi mahupula memuliakan jasad melalui ruh???
Boleh ka??
Boleh!!!
Jawapannya juga dengan mengamalkan apa yang diwahyukan oleh Allah kepda Rasulnya melaui jibril.

Bagaimana pula untuk mengamalkan apa yang diwahyukan dengan baik???
caranya dengan ilmu.....

Ilmu tanpa amal itu ibarat pokok tanpa buahnya...
juga sebaliknya jika amal tanpa ilmu bagaikan buah ada tapi tak tahu mana asalnya


Kehidupan sebenar kita adalah kehidupan ruh.
Ruh amat memainkan peranan yang penting dalam membentuk kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.

Dari meja island faith ......................................................................